SKKB 24 April 2010 - Bermula jam 11 pagi hinggan 1 petang, satu program ceramah dan pameran selamatkan Lapisan Ozon peringkat sekolah rendah 2010 telah diadakan. Majlis ini berlansung di dewan Sekolah Kebangsaan Kuala Berang dan dianjurkan oleh Jabatan Alm Sekitar Negeri Terengganu. Objektif program ini adalah untuk mempertingkatkan dan meluaskan pengetuhuan serta pemahaman warga sekolah mengenai kepentingan melindungi lapisan ozon.
Lihat foto
SKKB 20 April 2010 - Satu program iaitu Program Bebas Denggi telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu. Program ini yang mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu melibatkan beberapa buah sekolah di daerah Hulu Terengganu. SK Kuala Berang adalah diantara sekolah yang terpilih dalam menjayakan program ini. Seramai 50 orang murid terdiri daripada tahun 5 dan 6 telah terlibat. Peserta telah dibekalkan beg plastik, sehelai kameja T dan sepasang sarung tangan bagi melaksanakan gotong royong bagi menghapuskan tempat pembiakan Aedes di kawasan sekolah.Diharap program ini dapat memberi kesedaran tentang bahaya Aedes dan pentingnya menjaga kebersihan untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes.
Lihat foto
28 Mac 2010 - Program Ujian Permata Pintar Permata Saringan 1 telah diadakan bagi murid tahun 3,4,5 & 6 bertempat di makmal komputer SKKB selama 5 hari. Program ini merupakan ujian IQ secara online yang boleh dicapai melalui laman web http://www.permatapintar.edu.my. Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui perbendaharaan kata dan penaakulan (reasoning)secara logikal.Diharap dengan wujudnya program ini dapat mengesan pelajar pintar cerdas di kalangan murid SKKB
4 Mac 2010 - Pihak pengurusan SK Kuala Berang telah mengadakan satu seminar iaitu Seminar Bijak Belajar bertempat di Dewan Kilat TNB Kuala Berang baru-baru ini.Seminar ini melibatkan ibu bapa dan juga murid SKKB. Ia bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik murid dengan disokong oleh ibu bapa masing-masing. Acara bermula pada jam 8.00 pagi dengan kehadiran jemputan. Aturcara diteruskan dengan bacaan doa seterusnya ucapan oleh Pengurus Besar Stesen Janakuasa Elektrik Kenyir dan diikuti ucapan Guru Besar SKKB. Seminar yang bertajuk Sentuhan Ibu Bapa Cemerlang telah disampaikan oleh Dr. Shukri Abdullah. Seminar berakhir jam 1 petang dengan tetamu dijemput menikmati jamuan ringan sebelum bersurai.
8 Mac 2010 - Sambutan Maulidul Rasul telah diadakan melibatkan semua warga SKKB. Ia disambut untuk melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Acara bermula dengan perarakan Maulidul Rasul oleh pelajar. Pelbagai pertandingan diadakan sepanjang sambutan seperti pertandingan selawat oleh badan beruniform, pertandingan mewarna poster, pertulisan khat, dan kuiz. Ceramah penghayatan dan ikhtibar maulidul rasul telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hagia bin Mohd. Acara diakhiri dengan persembahan lakonan bertajuk kasih ibu oleh para pelajar.
SKKB 1 Mac 2010 - Kejohanan Olahraga & Sukaneka kali ke-32 berlangsung di padang SK Kuala Berang dengan penuh meriah dan semangat kesukanan yang tinggi. Semua rumah-rumah iaitu Biru,Merah,Kuning dan Hijau terlibat dalam setiap acara yang dipertandingkan.
Semua acara bermula jam 3.00 petang. Pada hari pertama 1 Mac 2010, semua peserta begitu bersemangat tanpa menghiraukan keadaan cuaca yang agak terik.Pada hari ini berlangsung acara-acara saringan untuk acara balapan dan acara akhir untuk lontar peluru.
Pada 2 Mac 2010, iaitu hari kedua kejohanan juga bermula pada pukul 3 petang. Acara-acara akhir pada hari ini ialah 80 meter lari berpagar, 200 meter dan acara padang pula ialah lompat jauh dan lompat tinggi. Semua peserta terdiri daripada murid-murid tahun 4, 5 & 6.
Tenaga Olahraga ini adalah pada hari ketiga yang bermula awal pagi rabu 3 Mac 2010. Pada pagi ini, acara perarakan kontijen-kontijen rumah sukan akan diadakan. Kemeriahannya terserlah dengan hiasan-hiasan setiap kontinjen yang bertanding. Johan perbarisan akan mendapat satu piala pusingan dan hamper.
Dan pada pagi ini juga akan diadakan acara kemuncak sukaneka yang disertai oleh kanak-kanak kelas PKIBP, Pra Sekolah Tahun 1, 2 & 3.
Majlis penutup pula pada jam 5.00 petang. Anugerah olahragawan/olahragawati sekolah akan diumumkan. Begitu juga johan keseluruhan olahraga dan sukaneka akan dinobatkan kepada pasukan rumah yang memenanginya. Kategori ini akan dihadiahkan dengan piala pusingan dan hamper.
Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Tn. Haji Sulaiman bin Daud, guru besar SK Kuala Berang.
___________________________________________________________________________________
Pertandingan Battlebot Pintar 2010
Sambutan Hari Guru SKKB 2010
Selamatkan Lapisan Ozon
Program Bebas Denggi
Sambutan Maulidul Rasul 2010
Kejohanan Olahraga dan Sukaneka Kali ke 32
>> Hari Pertama
>> Hari Kedua
>> Hari Ketiga
____________________________________________________________________________________
SchoolZone Portal
UPSR 5A
Bank Soalan UPSR
Tatabahasabm
Kidknwoit
Funbrain
Kidsite
Kid Nationalgeographic
Brainpop
Kbear





