Program Bebas Denggi SK Kuala Berang



SKKB 20 April 2010 - Satu program iaitu Program Bebas Denggi telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu. Program ini yang mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu melibatkan beberapa buah sekolah di daerah Hulu Terengganu. SK Kuala Berang adalah diantara sekolah yang terpilih dalam menjayakan program ini. Seramai 50 orang murid terdiri daripada tahun 5 dan 6 telah terlibat. Peserta telah dibekalkan beg plastik, sehelai kameja T dan sepasang sarung tangan bagi melaksanakan gotong royong bagi menghapuskan tempat pembiakan Aedes di kawasan sekolah.Diharap program ini dapat memberi kesedaran tentang bahaya Aedes dan pentingnya menjaga kebersihan untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes.

Lihat foto


Hari Ini

Kalendar


Terkini

Program Cuti Terancang Pintar Tahun 5

Tarikh : 26 - 30 Disember 2010

Masa : 8.00am - 12.30 pm

Pautan

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket



Counter

hit counter
Web hosting for webmasters