Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi 2010



16 November 2010 - Bertempat di Dewan Kilat TNB Hulu Terengganu, satu majlis bagi mengiktiraf murid SKKB yang menunjukkan kecemerlangan pada tahun ini telah diadakan. Selain mengiktiraf pelajar yang cemerlang dalam akademik, majilis graduasi bagi murid tahun 6 yang bakal meninggalkan sekolah turut diadakan. Majlis dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Majlis penyampaian sijil dan hadiah diselang selikan dengan persembahan-persembahan daripada murid. Satu acara simbolik iaitu "Sirih Pulang Ke Gagang" diadakan di mana guru besar menyerahkan pulut kuning, bunga telur & sirih junjung kepada wakil penjaga sebagai pengistiharan penyerahan kembali murid tahun 6 kepada penjaga masing-masing.

Read more


Program Ihya Ramadan 2010




25 Ogos 2010 - Sempena menyambut kedatangan Syawal dan berakhirnya Ramadhan, satu majlis khatam Al-Quran dan sambutan Pra Aidilfitri telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang. Majlis diadakan pada hari akhir persekolahan sebelum para guru dan pelajar bercuti untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Majlis khatam Al-quran beramai-ramai telah diadakan di surau SKKB diikuti majlis Sambutan Pra Aidilfitri dimana hadiah untuk aktiviti Ihya Ramadhan turut disampaikan kepada pelajar. Acara berakhir dengan warga SKKB bersalam-salaman sebelum majlis bersurai.

Read more


Pertandingan Battlebot Pintar 2010



28 Jun 2010 - Satu pertandingan iaitu Pintar Battlebot Challenge telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang. "Pintar Battlebot Challenge' adalah pertandingan robotik di mana para pelajar menggunakan kreativiti dan kemahiran dalam bidang sains, matematik dan teknologi untuk mencipta dan membina robot terkuat menggunakan teknologi LEGO. Tujuan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan pelajar menggunakan kreativiti dan segala kemahiran yang mereka ada untuk membina dan mengubahsuai robot mereka menggunakan peralatan LEGO. Di samping itu, ia dapat membuat para pelajar membina strategi mereka untuk menewaskan pihak lawan. Robot yang mampu meneruskan perlawanan tanpa sebarang masalah akan diisytiharkan sebagai pemenang. Lebih daripada 100 buah sekolah PINTAR mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Read more


Sambutan Hari Guru 2010




16 Mei 2010 - 16 Mei setiap tahun adalah hari dimana para pendidik disambut dan diraikan bagi membalas jasa dan pengorbanan mereka yang tidak pernah jemu dalam mendidik anak bangsa supaya berjaya. Hari ini, warga Sekolah Kebangsaan Kuala Berang tidak ketinggalan untuk meraikan hari guru dengan mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Pelbagai program telah diatur bagi menjayakan sambutan ini. Program dimulakan dengan perlawanan bola sepak diantara guru dan murid kemudian diikuti acara sukaneka yang membabitkan semua guru. Setelah selesai acara padang, guru dan murid berkumpul di dewan untuk aktiviti seterusnya. Acara Dewan dimulakan dengan nyanyian negaraku dan bacaan doa seterusnya ucapan wakil murid. Perutusan oleh Menteri Pelajaran Malaysia dibacakan oleh tuan guru besar, Encik Sulaiman Bin Daud sementara Guru Penolong Kanan 1, Puan Aminah membacakan perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dua buah lagu dinyanyikan oleh para guru iaitu lagu Guru Malaysia dan lagu tema hari guru. Acara kemuncak iaitu persembahan oleh guru dan pentadbir berjaya menghiburkan para pelajar dengan guru-guru mengadakan persembahan mengikut gaya tersendiri. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan jamuan makan tengah hari .

Read more


Program Selamatkan Lapisan Ozon



SKKB 24 April 2010 - Bermula jam 11 pagi hinggan 1 petang, satu program ceramah dan pameran selamatkan Lapisan Ozon peringkat sekolah rendah 2010 telah diadakan. Majlis ini berlansung di dewan Sekolah Kebangsaan Kuala Berang dan dianjurkan oleh Jabatan Alm Sekitar Negeri Terengganu. Objektif program ini adalah untuk mempertingkatkan dan meluaskan pengetuhuan serta pemahaman warga sekolah mengenai kepentingan melindungi lapisan ozon.

Lihat foto

Read more

Hari Ini

Kalendar


Terkini

Program Cuti Terancang Pintar Tahun 5

Tarikh : 26 - 30 Disember 2010

Masa : 8.00am - 12.30 pm

Pautan

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket



Counter

hit counter
Web hosting for webmasters