Kejohanan Olahraga & Sukaneka Kali ke-32 SK Kuala Berang

SKKB 1 Mac 2010 - Kejohanan Olahraga & Sukaneka kali ke-32 berlangsung di padang SK Kuala Berang dengan penuh meriah dan semangat kesukanan yang tinggi. Semua rumah-rumah iaitu Biru,Merah,Kuning dan Hijau terlibat dalam setiap acara yang dipertandingkan.
Semua acara bermula jam 3.00 petang. Pada hari pertama 1 Mac 2010, semua peserta begitu bersemangat tanpa menghiraukan keadaan cuaca yang agak terik.Pada hari ini berlangsung acara-acara saringan untuk acara balapan dan acara akhir untuk lontar peluru.

Pada 2 Mac 2010, iaitu hari kedua kejohanan juga bermula pada pukul 3 petang. Acara-acara akhir pada hari ini ialah 80 meter lari berpagar, 200 meter dan acara padang pula ialah lompat jauh dan lompat tinggi. Semua peserta terdiri daripada murid-murid tahun 4, 5 & 6.

Tenaga Olahraga ini adalah pada hari ketiga yang bermula awal pagi rabu 3 Mac 2010. Pada pagi ini, acara perarakan kontijen-kontijen rumah sukan akan diadakan. Kemeriahannya terserlah dengan hiasan-hiasan setiap kontinjen yang bertanding. Johan perbarisan akan mendapat satu piala pusingan dan hamper.

Dan pada pagi ini juga akan diadakan acara kemuncak sukaneka yang disertai oleh kanak-kanak kelas PKIBP, Pra Sekolah Tahun 1, 2 & 3.

Majlis penutup pula pada jam 5.00 petang. Anugerah olahragawan/olahragawati sekolah akan diumumkan. Begitu juga johan keseluruhan olahraga dan sukaneka akan dinobatkan kepada pasukan rumah yang memenanginya. Kategori ini akan dihadiahkan dengan piala pusingan dan hamper.

Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Tn. Haji Sulaiman bin Daud, guru besar SK Kuala Berang.


Hari Ini

Kalendar


Terkini

Program Cuti Terancang Pintar Tahun 5

Tarikh : 26 - 30 Disember 2010

Masa : 8.00am - 12.30 pm

Pautan

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket



Counter

hit counter
Web hosting for webmasters